Saturday, August 19, 2023

Ujian Memandu JPJ

Assalamualaikum..

Ujian memandu JPJ yang saya jalani bertempat di Pusat Latihan Memandu Sektow. Ia bermula pada pukul 9pagi. Sebenarnya, saya dikira bernasib baik la sebab dapat sesi 1. Nombor giliran saya D4 17. Jadi, dapat la saya mulakan ujian lebih awal. Bukan apa, sedap la sikit buat awal-awal. Hari pun tak berapa panas lagi.

Pada peringkat pertama, saya menjalani ujian mendaki bukit. Waktu tu memang rasa gementar sangat. Tapi kan, nak dijadikan cerita. Masa tu saya rasa kurang sihat. Perut saya masuk angin. Rasa loya yang teramat sehingga terpaksa menuju ke tandas. Sangat tak selesa. Namun hikmahnya, sakit perut itu kemudiannya telah berjaya mengurangkan perasaan gemuruh tu. Alhamdulillah. Ajaib, kan?

Saya berdiri di ruangan menunggu sambil menanti giliran. Lepas sorang, sorang masuk kereta. Bila tiba giliran saya, saya terus menuju ke kereta yang disediakan. Masa ni, tak perlu pakai tali pinggang keledar pun. Bila dah bersedia, dengan lafaz bismillah. Kaki kanan terus menekan pedal minyak. Setibanya di di garisan kuning, kaki saya laju menekan brek. Setelah mendapat arahan untuk jalan. Saya terus bergerak ke hadapan. Malangnya... Kereta yang saya pandu telah berundur ke belakang. Oh tidak! Insiden ni sama seperti saya buat ujian penilaian lepas. Haa.. inilah yang paling saya tak suka. Saya rasa orang yang nampak insiden ni mesti kata, habislah budak ni... Nak tahu apa yang terjadi? Saya tak gagal sebab kereta tu hanya berundur sikit je, tak la berundur sampai keluar daripada garisan kuning. Keputusannya.. Alhamdulillah, saya lulus!


Ujian JPJ: Mendaki Bukit

Seterusnya ujian 3 penjuru. Alhamdulillah, saya berjaya melepasi ujian itu tanpa sebarang masalah. Tak ada langgar tiang. Kemudian, ujian diteruskan dengan ujian parking. Syukur, alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Kedua-dua ujian ni saya tak risau sangat sebab biasanya sewaktu latihan tak ada masalah.

Kemudian, saya menunggu giliran untuk mengambil ujian jalan raya di kantin. Saya terjumpa kawan lama, Izzah. Izzah dulunya sekelas dengan adik saya. Kami berbual sementara menanti giliran. Saya khabarkan pada dia, saya dapat laluan C. Kami ada sentuh pasal laluan A, B dan C. Kata Izzah, laluan C tu tak sama macam yang biasa saya belajar dengan tenaga pengajar saya. Saya dah risau, tapi tak sempat nak tanya, nombor giliran saya dipanggil. Alahai, nasiblah badan.

Saya masuk ke dalam kereta. Saya ingatkan pegawai JPJ memang dah menunggu. Rupanya saya yang terpaksa menunggu. Kira-kira 5-10 minit kemudian, seorang pegawai JPJ datang menghampiri kereta. Aduh apa yang kita tak nak sangat, mesti itu yang kita dapat. Nak tau, pegawai JPJ yang menguji saya ialah seorang perempuan. Dalam hati saya dah kata, boleh lulus ke ni?

Bila pegawai JPJ masuk, saya beri salam dan saya tanya, "Puan, kena matikan enjin kereta ke?" Pegawai JPJ tu kata tak payah. Alahai tu la, masa belajar tak ada tanya jurulatih. Selalu main redah je. Biasanya waktu belajar, saya tak buat 5 langkah sebelum mulakan perjalanan tu. Saya teruskan dengan membetulkan tempat duduk, membetulkan cermin pandang belakang, cermin sisi kanan dan kiri, memakai tali pinggang keledar, memeriksa gear sama ada dalam keadaan bebas, memeriksa wiper dan lampu isyarat. Dah siap semua langkah bonus ni, saya tunggu arahan. Pegawai JPJ tu kata, "Nak tunggu apa? adik nak ambil ujian kan? jalanlah" Aduh, sabar sikit ye puan heeee~

Saya mulakan perjalanan dengan berhati-hati. Alhamdulillah, saya dapat mengikuti setiap langkah seperti yang yang dilatih oleh tenaga pengajar saya, Encik Andrus bin Ayob. Walaupun saya tak tahu mana satu laluan C, saya teruskan memandu mengikut laluan yang saya biasa gunakan. Syukurlah, pegawai JPJ tu senyap saja sepanjang perjalanan membuatkan hati saya jadi sangat tenang. Maknanya dia tak kisah la saya nak ikut laluan mana pun.

Semasa berada di jalan raya, saya terpaksa mengekori sebuah lori sampah. Tak ada bau yang tak menyenangkan. Tapi, kena la bawa dengan perlahan dan memang jaga jarak betul la. Sepanjang perjalanan tu, saya pandu kereta dengan lebih perlahan daripada semasa belajar memandu. Biar lambat asalkan lulus, betul tak? hehe. Kalau berhenti di lampu isyarat pun saya biarkan jarak saya dengan kenderaan di depan, jauh sangat. Apalah kata pemandu kereta yang berhenti di sebelah kereta saya tu? Kalau dah dapat lesen, jangan haraplah saya nak buat macam tu.

Akhirnya, saya selamat sampai di Pusat Latihan Memandu dengan jayanya. Syukur tak terkata, saya lulus dalam ujian jalan raya. Siapa sangka, seorang pegawai JPJ perempuan pun baik hati bagi calon lulus dengan markah 17/20. Jadi, kita perlu membuat anjakan paradigma terhadap pegawai JPJ perempuan, heeeee~

Insya-Allah, pada 16 Mac saya dah boleh dapat lesen memandu percubaan. Kereta yang akan jadi mangsa sticker P ialah kereta mak saya :D Walaupun saya ni tak cukup inci, saya boleh lulus ujian memandu sekali saja dan tak perlu ulang ujian. Jadi, jangan pandang rendah pada saya yang sekali pandang macam budak sekolah rendah ni. Silap hari bulan, anda akan menumpang kereta yang saya bawak.



Kasut untuk memandu


Bisik-bisik: Tips untuk lulus ujian memandu yang saya amalkan.. sebelum ambil ujian, baca bismillah banyak-banyak. Saya pernah terbaca banyak kelebihan membaca bismillah ni. Sekurang-kurangnya penguji itu akan berlembut hati dengan kita. Baca selawat dan yang penting baca doa menaiki kenderaan.


Cikgu saya ajar kalau tak sampai nak tekan
clutch gunalah bantal

p/s:Mintak maaf banyak-banyak sebab lambat post entri ni. Saya hanya sempat draft pada 13 Mac sebab saya perlu bersiap ke rumah saudara di Rawang. Untuk makluman, 3 hari saya terpaksa simpan entri ni buat pekasam dan hari ini 16 Mac barulah ada kesempatan untak update blog.

Saturday, September 22, 2018

Jenama Baju Menyusu dengan Bukaan Selak Terbaik di Malaysia

Assalamualaikum,

Haaaaaaaaaaaiiiiii

Nak tahu tak, ibu-ibu menyusukan anak dah tak perlu risau kalau nak keluar dengan anak-anak sebab dah ada banyak baju menyusu dengan bukaan selak di pasaran.

Dari baju untuk bersantai, beriadah sampai baju untuk ibu-ibu bekerja, semuanya ada belaka.

Betul ke cantik?

Nah Mommy Roses tepek gambar-gambar bajunya.


 Sesuai untuk digayakan ke pejabat


Baju menyusu 2 in 1 sebab bila buka reben tu boleh cover 
baby macam nursing cover gittew

Baju menyusu 2 in 1, boleh pakai masa mengandung
dan selepas perut dah kecik boleh menyusukan anak lepas bersalin. 
Takyah pening kepala nak cari baju menyusu dah.

Jubah ni takyah iron dan sejuk je pakai

 Ada beberapa jenis baju kurung dengan bukaan menyusu selak

 Blouse bercorak

Yang ni material cantik sangat, yg penting takyah gosok!

Baju kurung dengan bukaan menyusu selak yang unik, kan?


Mommy Roses suka tshirt Cozy Lady 
sebab material fabrik best dan design labuh

Pink dia cantik sangat!

 Mommies yang betubuh gempal lebih suka pakai tshirt
sebab material cotton streachable, jadi kalau sedikit ketat
di lengan pun tak ada masalah 

Cunsss kan?

Jenama ni ada t-shirt, blouse, baju kurung dan jubah

Blouse menyusu labuh-labuh pun ada

Basically semua baju menyusu kat atas ni,
bukaan selak dia macam ni

Mommy Roses dengan baju menyusu selak

Siapa kata ibu-ibu menyusukan anak dah tak boleh nak melawa?

Oleh sebab Mommy Roses adalah pengguna tegar baju menyusu selak, why not Mommy Roses pilih kerjaya sebagai ejen baju menyusu dengan bukaan selak, kan?

Mommy Roses dah daftarkan perniagaan atas nama Fairuz Ashikin Enterprise.

Instagram: nursingmommies
Facebook: facebook.com/nursingmommies
Twitter: nursingmommies

Whatsapp Mommy Rose untuk order

http://nursingmommies.wasap.my


Monday, April 16, 2018

Cooler Bag Tahan Sejuk Lama

Assalamualaikum, hai mommies!

Hari ni kami nak review cooler bag yang tahan sejuk lama. Bukan sahaja tahan sejuk lama, tapi lebih daripada tu lagi ciri keistimewaan dia. Pendek kata, kualiti cooler bag ni memang tiptop.

Natural Moms Thermal Bag

Kalau nak tahu, Natural Moms Malaysia ada banyak pilihan beg. Ada jenis backpack, ada jenis totebag, ada jenis sling bag.


Backpack

Ada dua design untuk cooler bag jenis backpack.
Black Stone
RM180
Harga tak termasuk pos

Black Stone ni cooler bag yang super duper best sebab boleh simpan super banyak barang. Jadi, tak perlu la mommies bawak sampai dua tiga beg pergi kerja bila pakai cooler bag ni.

Ciri-ciri keistimewaan:

i. Boleh memuatkan dari satu sehingga 8 botol bersama dua ice packs
ii. Boleh simpan laptop 14 inci kat dalam beg ni.
iii. Ada 3 pembahagian:
- Bahagian untuk simpan susu kat dalam ruang thermal.
- Bahagian untuk simpan pam susu/ accessories.
- Bahagian untuk simpan laptop.
iv. Dapat 2 ice packs
v. Insulator yang tebal sehingga boleh mengekalkan suhu sejuk sehingga 16jam.

Saiz: 29cm (length), 19cm (width), 38cm (height)

Ciri lain yang best jugak, boleh letak motor pam susu kat dalam beg masa tengah pam susu. Jadi tak ada orang perasan kita tengah pam susu. Tak segan la nak pam susu kat ofis macam ni.

Keluarkan je tiub ikut lubang ni
Tada!

Cantik tak?

Max Blue
RM175
Harga tak termasuk pos




Max blue backpack ni pun cooler bag yang boleh simpan banyak barang. Nak bubuh pam susu, botol, diaper, semua muat.

Ciri-ciri keistimewaan:

i. Boleh memuatkan sebanyak 1 hingga 8 botol penyimpanan susu bersama dua ice packs.

ii. Boleh simpan laptop 14 inci kat dalam beg ni.

iii. Ada 3 pembahagian ruang:
- Bahagian untuk simpan susu kat dalam ruang thermal.
- Bahagian untik simpan pam susu/ accessories.
- Bahagian untuk simpan laptop.

iv. Dapat 2 ice packs.

v. Insulator yang tebal sehingga boleh mengekalkan suhu sejuk sehingga 16 jam.

Saiz: 29cm (length), 19cm (width), 38cm (height)


Sling Bag

Sling bag ni kecil sikit dari backpack, tapi tetap terbaik sebab walaupun dia kecil sikit, masih boleh letak macam-macam barang juga.

Ada beberapa design untuk sling bag.

RAINBOW
RM120
Harga tak termasuk pos



OWL
RM120
Tak termasuk pos



TOKYO CITY
RM120
Harga tak termasuk pos



COOKIE MONSTER
RM120
Harga tak termasuk pos



POLKA DOT
RM120
Harga tak termasuk pos



ELEPHANT
RM120
Harga tak termasuk pos



Ciri-ciri keistimewaan:

i. Thermal bag yang luas. Boleh memuatkan sebanyak 1 hingga 8 botol penyimpanan susu bersama 2 ice packs.

ii. Terdapat dua bahagian penyimpanan yang berasingan:

- Ruang thermal untuk menyimpan susu.
- Ruang untuk menyimpan pam susu dan pelbagai aksesori lain.

iii. Bahagian thermal yang mengandungi insulator yang tebal sehingga dapat mengekalkan suhu sejuk sehingga 16 jam.

iv. Didatangkan bersama dua ice packs.

Totebag

Ada beberapa design untuk totebag.

HOUNDSTOOTH
RM115
Harga tak termasuk pos


GEOMETRY
RM115
Harga tak termasuk pos



ABSTRACT
RM115
Harga tak termasuk pos


BLUE IZNIK
RM115
Harga tak termasuk pos



GREY IZNIK
RM115
Harga tak termasuk pos



PINK FLOWER
RM115
Harga tak termasuk pos



BLUE FLOWER
RM115
Harga tak termasuk pos


Totebag dengan sling ni ciri-ciri dia hampir sama. Beza dia pada bentuk dan saiz sahaja.

Ni cara penyimpanan susu ebm di ruangan thermal:

Backpack


Sling bag & totebag


Pastikan mommies gunakan dua ice packs yang dapat sekali dengan cooler bag ni tau. Kalau guna ice brick, nanti tak tahan sejuk lama. Jangan salahkan bag ye hehe.

Ni pula cara simpan barang di ruangan lain:



Ni kami letakkan cooler bag gabaG sebelah totebag jenama Natural Moms. Perasan tak, saiz ruangan thermal Natural Moms ni lebih tinggi dari gabaG. Ni la istimewanya Natural Moms ni. Boleh la pasang puting botol dengan penutup pada botol susu siap-siap sebelum hantar ke taska atau rumah pengasuh. Senang kerja babysitter nanti.


Testimoni dari pengguna Natural Moms thermal bag:












Macam mana, best tak cooler bag ni?

Kalau nak beli, boleh whatsapp kami cepat.

Whatsapp 0175485408,

ATAU

Tekan link ni untuk sebarang pertanyaan dan untuk buat pesanan:


 
Fairuz Ashikin © 2008 ♥ Template by B.K